rakan maya

Thursday, June 28, 2012

saya yang menurut perintah

lama saya tak update blog nie. seolah-olah macam merajuk. rajuk yang disimpan dalam hati. SAYA BUKAN LAGI GURU PJK ! walau pun saya memang ada 'kelayakan' sebagai guru PJK. berpegang dengan kenyataan "SAYA YANG MENURUT PERINTAH", saya ikut perintah ketua saya. bermula dengan 20 masa seminggu waktu PJK di sekolah lama, tinggal 10 waktu di sekolah baru kerana khidmat untuk mengajar sejarah diperlukan. makin merosot hujung tahun lepas, tinggal 8 waktu PJK apabila jadual waktu dirombak. awal tahun 2012, tinggal pula 6 waktu PJK dan kini tinggal 4 waktu sahaja. 20 waktu sejarah sedangkan saya 'hampir buta' sejarah. 

*saya perlu selesaikan perkara ini untuk jadual waktu 2013.

4 comments:

  1. pekeliling tahun 1979 kalau tak silap saya. Guru Option PJ minima waktu mengajar adalah 14 waktu seminggu. bro gunalah pekeliling ni lawan balik kalau diberi kurang waktu PJ..

    ReplyDelete
  2. sebenarnya, bila dah mengajar PJK, kita rasa seronok lebih2 lagi apabila option PJK..untuk mengelakkan daripada mengajar subjek lain lebih banyak daripada PJK, mohonlah jadi KETUA PANITIA PJK..pengurusan guru PJK dan KETUA PANITIA, sama aje...cuma tambah urus fail panitia PJK je..yg lain sama..

    p/s..saya option SAINS & PJK..tetapi lebih seronok mengajar PJK, kerana dengan pelajar lebih mesra dan tak stress..

    ReplyDelete
  3. Salam, sy bukan guru opsyen pjk.tetapi disebabkan kekurgn cikgu pjk..kami guru opsyen lain pun perlu mngjr pjk ..di sekola sy, subjek pjk tiada peperiksaan, oleh sebab itu, pelajr terlalu memandang sinis tentang pjk terutama pelajr kelas pandai...Arahan drp guru selalu dipandang remeh...Bagaimana nk jadikan subjek pjk sentiasa menarik..??

    **Satu kelemahan drp saya adalah, sy kurang mahir dalam aktiviti permainan dlm pjk..sya cuba lebih berfokus aktiviti berdasarkan buku teks..Dan sy sentiasa mencari, mencuba dan belajar untuk berikan yang terbaik serta menarik minat pelajar.

    ReplyDelete
  4. Insyaallah..pihak pentadbir akan menyedari perkara ini.

    ReplyDelete