awas!
ketika kita melakukan aktiviti, darah banyak disalurkan ke bahagian anggota yang melakukan aktiviti aktif contohnya bahagian kaki semasa berlari. berhenti melakukan aktiviti aktif secara mengejut boleh memberi kesan yang nagetif dan berbahaya kepada anggota badan tadi.
ada tiga tujuan utama kita perlu lakukan aktiviti menyejukkan badan.
1. asid laktik yang banyak terkumpul di otot dapat dihantar semula ke hati untuk disimpan dan dijadikan semula tenaga apabila diperlukan.
2. selepas latihan, darah pada otot mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi. darah ini harus dihantar ke jantung dan seterusnya ke paru-paru. ketika ini gas karbon dioksida akan dilepaskan ke udara dan gas oksigen akan diambilkan sebagai ganti.
3. menurunkan suhu dan kadar denyutan jantung ke tahap normal.
tak gunalah kalau kita melakukan latihan untuk kesihatan dan pada akhirnya kita memudaratkan pula tubuh badan kita. jangan lupa sejukkan badan!
salam..
ReplyDeleteterima kasih..
banyak info baru yang saya dapat.
bolehke saya ambil dan bahan2 dan gambar2
yang ada..?
silakan alia..
ReplyDeleteambil apa saja info di sini untuk manfaat bersama.
sori terlalu lambat reply. tq
poyo je blog ni....hack karang!!!
ReplyDelete