rakan maya

Sunday, March 28, 2010

lapan eh!.. lapan lagi..

tentu anda biasa sangat dengan bilangan satu hingga lapan semasa lakukan regangan atau warm up. bila tarik jer tangan ke belakang untuk regangan.. mulalah kira satu.. dua.. tiga.. sampai lapan.

kenapa lapan? kenapa tak kira sampai sepuluh? atau kenapa tak kira lima jer? kita sememangnya telah terbiasa untuk kiraan sampai lapan. kalau ditanya soalan ini kepada guru pjk pun.. mungkin mereka sendiri terfikir-fikir jawapannya. secara mudahnya.. ini adalah kerana memang kita terikut-ikut dengan apa yang telah disajikan oleh 'orang terdahulu". sepanjang pembacaan saya, tidak pernah sekali pun saya terjumpa 'istilah kiraan lapan' ini. bacalah buku pjk atau sains sukan pasti anda tidak jumpa.



dari mana kiraan lapan berasal? masyarakat malaysia menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan. pjk yang diajar di sekolah-sekolah juga menggunakan bahasa ini. cuba anda telitikan. nombor satu hingga lapan hanya mempunyai dua suku kata. ini telah memudahkan sebutan kiraan. jika kiraan itu dimasukkan angka 'sembilan' 'sepuluh' dan seterusnya.. susah lah sikit nak sebut. jadi cukuplah sekadar kiraan lapan. jika sekali pun dikira dalam bahasa inggeris, tamil dan cina.. angka lapan sudah sebati kerana bahasa melayu telah mendominasi bahasa-bahasa tersebut di sekolah.

satu lagi. lapan mewakili lapan saat. lapan saat dikatakan masa yang paling minimum untuk memberi kesan regangan pada otot. jadi mungkin 'orang itu' hanya mahu sekadar hasil yang minimum saja. betul ker?.

apa faktanya? otot kita memerlukan masa yang sesuai untuk dirangsang semasa regangan. secara mudahnya, otot perlu dirangsang selama 10 hingga 30 saat. inilah masa yang sesuai. jika terkurang, anda tidak akan mendapat hasil yang optimum dan jika terlebih, anda boleh membahayakan otot yang dirangsang.

jadi.. mungkin selepas ini kita tak perlu lagi bilang sehingga lapan. apa kata kita guna abjad pula. A,B,C,D hingga H. ada berani? sekarang saya harap anda tahu kenapa kita selalu kira sehingga lapan sahaja. mungkin anda boleh tanya guru anda atau pensyarah anda. mintalah fakta kenapa beliau memilih sehingga angka lapan untuk kiraan.

1 comment:

  1. kami kira 1001, 1002, 1003, 1004, 1005, 1006, 1007, 1008..

    ReplyDelete