prinsip latihan
1. ansur maju
aktiviti dilakukan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. contohnya, amirul melakukan 20 kali tekan tubi bagi satu sesi latihan, tiga kali seminggu. kemudian amirul menambah bilangan ulangan sedikit demi sedikit sehingga dapat mencapai 30 kali bagi setiap sesi latihan.
2. tambah beban
beban ditambah sedikit demi sedikit bagi jangka masa tertentu. contohnya, mamat dapat berlari sejauh 1600 meter dalam masa 20 minit. jika dia ingin meningkatkan tahan daya tahan kardiovaskular, mamat perlu menambah jarak lariannya dalam masa 20 minit tadi. perlu diingatkan, tambah beban perlu dilakukan secara ansur maju.
3. kekerapan
bilangan sesi latihan yang perlu dilakukan dalam jangka masa tertentu. ini merujuk kepada bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun. jangan terlalu kerap melakukan latihan kerana otot dan badan juga perlukan rehat yang mencukupi.
4. tempoh masa
jangka masa yang diperlukan untuk menjalani sesuatu sesi latihan. contohnya bagi sesi latihan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, kita memerlukan 15 hingga 30 minit. masa sesi latihan yang terlalu lama akan melesukan otot dan masa latihan yang terlalu singkat tidak akan memberi kesan yang dikehendaki.
secara keseluruhannya, prinsip latihan adalah penting untuk memastikan seseorang itu mendapat kesan latihan yang maksimum. prinsip latihan bolehlah dianalogikan kepada prinsip membuat kek (cara-cara membuat kek). kalau tak ikut "petua" ni.. tak jadilah kek kita..
No comments:
Post a Comment