rakan maya

Thursday, August 12, 2010

ramadhan dan pjk..

terlebih dahulu saya ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua pengunjung islam di blog saya. semoga kita mendapat rahmat daripadaNya.

setiap kali tiba bulan puasa, pelajar saya selalu bertanyakan saya tentang aktiviti pj. bimbang sangat kalau saya batalkan pj. saya tanyakan pendapat mereka semula. hohoho... semuanya minta saya teruskan pj seperti biasa.

biasalah... pelajar kita memang minat pj. kalaulah mereka minat math, sains, bi dan sejarah seperti mereka minat pj.. alangkah bahagianya cikgu-cikgu di sekolah.

ramadhan atau bukan bulan ramadhan pj tetap 'jalan' seperti biasa. awas cikgu.. adalah menjadi satu kesalahan jika kita batalkan pjk semata-mata beralasankan puasa. jangan salahkan puasa, jangan salahkan ramadhan yang indah ini jika kita batalkan p&p pj.

dalam perkhidmatan kita, tiada pekeliling yang menyatakan tentang pj dan puasa. bermaksud, p&p pjk hendaklan diteruskan seperti biasa pada bulan puasa ini.

alternatifnya.. sebagai guru kita perlu merancang aktiviti yang bersesuaian dengan pelajar, mungkin kurangkan pergerakan yang meletihkan.

apa pun, semuanya terletak pada guru. salam ramadhan.

1 comment:

  1. ye betul tu pilih tajuk yang tidakemerlukan banyak pergerakan. atau cipta kretiviti guru supaya permainan hanya statik tetapi menarik.

    ReplyDelete