rakan maya

Tuesday, July 27, 2010

sistem tenaga ATP-PC

sistem ini adalah sistem anaerobik. penghasilan ATP dari sistem ini tidak memerlukan oksigen. phosfokeratin (PC) adalah sebatian yang disintisiskan kembali ADP kepada ATP menyebabkan sumber ATP terhasil untuk membekalkan tenaga dalam jangka sama yang singkat.

bagi aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam jangka masa 4 atau 5 saat, hanya ATP yang sedia ada di sel-sel otot sahaja berfungsi tetapi jangkaan sepenuh masa sistem ini ialah 7 saat.

ini bermakna, sistem ini adalah yang paling cepat menghasilkan tenaga jika dibandingkan dua sistem yang berikutnya. (sistem yang berikutnya saya akan terangkan secara ringkas pada posting yang akan datang).

dengan itu dapatlah dikatakan bahawa aktiviti seperti lari pecut 50 meter, melontar peluru, merejam lembing dan melempar cakera hanya menggunakan tenaga dalam jangka masa yang singkat. tenaga itu adalah melalui sistem tenaga ATP-PC.

2 comments:

  1. bole terangkan x bgaimana nk strt build my body???

    ReplyDelete
  2. hohoho... penerangan di sini pasti tak cukup. jika tuan betul2 serius, tuan perlu rujuk kepada yang lebih pakar. setiap oang tidak sama untuk build the body. thanks.

    ReplyDelete