rakan maya

Monday, March 22, 2010

kekuatan otot dan daya tahan otot: berbeza?

mari saya tunjukkan perbezaan di antara daya tahan otot dengan kekuatan otot. ramai orang ingat 'benda' ni sama jer. pelajar-pelajar selalu keliru maksud kedua-dua komponen kecergasan ni. mudah saja nak bezakan..



gambar hiasan: addy dan 'anak-anak' warmup..

daya tahan otot ialah kemampuan otot melakukan aktiviti berulang kali dalam jangka masa yang lama.

kekuatan otot pula ialah kemampuan otot melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan dengan menggunakan daya yang maksimum. (tak kira la otot bahagian mana pun)

saya selalu menekankan prinsip ini kepada pelajar saya. mudah saja... saya ingatkan pelajar dengan lakonan mudah yang bersahaja untuk memahami maksud kekuatan otot. saya minta seorang pelajar mengangkat benda yang berat untuk menunjukkan kekuatan ototnya. tengokla siapa yang hebat!. dengan itu, pelajar akan lebih mudah faham maksudnya.

secara umumnya, kekuatan otot adalah berkaitan dengan rintangan (cth: berapa berat kita boleh angkat?) dan daya tahan otot adalah berkaitan dengan masa (cth: berapa lama kita boleh buat ulang-ulang kali?).

mudah kan?!..

8 comments: