rakan maya

Monday, May 24, 2010

latihan berkonsepkan parcourse

latihan berkonsepkan parcourse telah diperkenalkan pada tahun 1973 di amerika syarikat oleh peter stocker. parcourse merupakan gabungan beberapa aktiviti kecergasan di sepanjang laluan larian berstesen.

latihan ini bertujuan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan kekuatan otot jantung. disamping itu, latihan ini juga dapat meningkatkan daya tahan otot dan menjadikan badan bertambah sihat.


contoh konsep parcourse


parcourse meliputi beberapa jenis aktiviti di sepanjang laluan larian. biasanya laluan larian adalah sepanjang 400m hingga 1600 m. kita boleh berjalan perlahan, berjalan pantas, berjoging atau lari pecut di antara satu stesen dengan satu stesen yang lain. setiap stesen mempunyai aktiviti yang berlainan untuk kumpulan otot yang berlainan. tiada aktiviti khusus untuk menentukan urutan aktiviti. kata boleh pelbagaikan aktiviti untuk tumpuan otot-otot tertentu.

pembinaan taman rekreasi moden oleh kerajaan tempatan telah menitikberatkan konsep latihan ini. trek jogging tidak hanya semata-mata trek joging sahaja. konsep parcourse telah mewujudkan lanskap yang menarik untuk aktiviti latihan di taman rekreasi awam.

perlu diingatkan bahawa kita perlu melakukan tatacara yang betul sebelum, semasa dan selepas latihan. jangan lupa ambil kadar nadi, aktiviti memanaskan badan dan aktiviti menyejukkan badan. ini semua akan membantu kita mendapatkan hasil latihan yang optimum.

10 comments:

  1. apakah aktiviti lain selain daripada di atas

    ReplyDelete
  2. apa saja aktiviti yang anda mahukan.
    contoh: lompat bintang, push up, angkat dumbell dll
    asalkan aktiviti yang dilakukan dapat dilakukan dengan seronok dan memberi kesan yang pelbagai terhadap anggota badan. tq

    ReplyDelete
  3. apakah perbezaan latihan parcourse dengan fartlek?? :)

    ReplyDelete
  4. Ape lima aktiviti lain yang boleh digunakan dalam latihan berkonsepkan Parcourse ?

    ReplyDelete
  5. Apakah otot otot utama yang terlibat dalam aktiviti parcourse Dan fartlek ?

    ReplyDelete
  6. Apakah otot otot utama yang terlibat dalam aktiviti parcourse Dan fartlek?

    ReplyDelete
  7. Apakah otot otot utama yang terlibat dalam aktiviti parcourse Dan fartlek?

    ReplyDelete
  8. Apakah otot Utama yang digunakan semasa melakukan latihan berkonsepkan Parcourse Dan Fartlek.

    ReplyDelete
  9. Parcourse guna alat Di stesen tertentu, fartlek x

    ReplyDelete
  10. Parcourse guna alat Di stesen tertentu, fartlek x

    ReplyDelete