rakan maya

Wednesday, December 22, 2010

tugas guru PJK dan guru sukan

sesi persekolahan akan dibuka semula awal tahun hadapan. bagi guru yang diluluskan pertukaran, mesti seronok kan?. apa pun, walau di mana kita bertugas adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus berkhidmat sebaik mungkin.

kali ini saya ingin menarik perhatian berkaitan tugas seorang guru pendidikan jasmani dan guru sukan. kadang kala guru dan pentadbir sendiri agak keliru berkaitan tugas kedua-dua guru ini. kadang kala juga timbul perasaan tidak puas hati terhadap pengagihan tugas yang diberikan.

perlu ditegaskan, guru pendidikan jasmani samalah juga seperti guru sejarah, sains, bahasa melayu dan sebagainya. mudah cerita, guru PJK adalah guru akademik. jadi, tugasnya juga menjurus kepada akademik, p&p dan amali.
yang menjadi ketidakpuasan hati guru PJK... emmmm.. apa saja yang berkaitan sukan ditujukan kepada mereka. nak latih pasukan sekolah pun guru PJK, nak hantar budak ke MSSD pun guru PJK juga.. pendek kata, semua yang berkaitan sukan... guru PJK yang kena..

uiiitt... ini dah lebihhh... tak kan semua guru PJK. mana guru lain?

haaaaa... itu lah sebab ada guru sukan. kebanyakan sekolah mengagihkan tugas ini dengan baik. bagi saya, guru sukan adalah guru yang dilantik oleh sekolah untuk menguruskan pasukan sekolah. macam ni la bagus, tugas dapat sorang sikit...

cikgu PJK?.. cikgu PJK tentu boleh dirujuk untuk memantapkan pasukan. kalau macam ni, tentu cikgu PJK setuju.. kuranglah sikit beban kan?!

hahaha... selamat kembali ke sekolah...

1 comment:

  1. memang ade ke GURU SUKAN di sekolah?sbb saya satu2nya guru pjpk(opsyen) di sekolah..saya diarahkan melatih hampir semua jenis sukan di sekolah (hampir pengsan)padahal kelayakan melatih tu belum ada.

    bukan menjadi kesalahan sekiranya terjadi apa2 pd murid2 di bawah pengawasan semasa melatih???sijil kejurulatihan tiada..cuma guru pjk shj..

    agaknya bagaimana bagi semua org faham guru pjpk bukan jurulatih yg tahu dan pakar segala macam jenis sukan? arryoche@gmail.com

    ReplyDelete