terkejut juga saya bila lihat pengunjung blog ni melebihi 27,000 orang. terima kasih atas kunjungan anda. suatu yang positif dan dapat menyuntik semangat saya untuk terus berbloging. masa saya tinggalkan blog ini bulan mac 2011 dulu cuma sekitar 10,000 pengunjung sahaja. kini awal tahun, saya pasti setiap sekolah sibuk menguruskan sesi persekolah baru. selain tugas hakiki seorang guru, banyak lagi tugas sampingan yang perlu diberi perhatian. sukan? hahaha... aktiviti sukan yang paling sinonim dengan bulan januari ialah merentas desa. smk mentakab (sekolah saya) pun sama. baru selesai jumaat 20/1/2012 baru-baru ni. hari ni saya nak sembang2 tentang merentas desa.
di sekolah, aktiviti merentas desa adalah aktiviti larian jarak jauh mengikut laluan luar kawasan sekolah yang melibatkan jalan raya dan jalan kampung yang mempunyai pelbagai bentuk muka bumi. aktiviti ini lebih kepada menguji keupayaan daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot. jarak antara 5km hingga 10km. peserta dibahagikan kepada beberapa kategori. smk mentakab juga tidak lupa sediakan kategori pendidikan khas untuk pelajar2 pendidikan khas. tiada beza mereka dan kita.
keselamatan perlu diutamakan. bukan senang mengawal peserta sekitar 1000 orang. macam-macam ragam. mintalah bantuan polis atau pasukan RELA untuk melancarkan aktiviti ini. suatu yang perlu diberi perhatian ialah berkenaan hadiah. sediakanlah hadiah yang banyak. tidak semestinya yang mahal-mahal. satu kategori sekurang-kurangnya 20 hadiah. ini berkaitan dengan psikologi khususnya para pelajar. pelajar telah berlari dengan jarak yang jauh. apa salahnya kita menghargai kudrat mereka walau pun kita tahu hanya 3 atau 4 orang sahaja daripada mereka akan mewakili sekolah.
heee... jangan lupa jemput lori MILO untuk MILO free yang lazat. cikgu suka, pelajar pun suka, aktiviti bertambah ceria ! apa pun, selamat maju jaya. semoga tahun ini lebih bermakna dalam hidup kita.
No comments:
Post a Comment