tak salah rasanya saya panjangkan berita dari akhbar kosmo 11 mei 2010 lalu untuk pembaca blog ini. ini berkaitan dengan pencarian bakat sukan. kosmo melaporkan, universiti teknologi malaysia (utm) telah mencipta alat pengujian ketangkasan puzzle heksagon.
alat ini berfungsi mengukur tahap ketangkasan dan kelajuan pergerakan tubuh seseorang untuk bergerak ke pelbagai arah dalam keadaan stabil. alat ini juga mampu mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam bidang sukan, selain menguji tahap kecekapan individu termasuk atlet.
bagi menguji kecenderungan dalam bidang sukan, seseorang perlu menggunakannya dengan cara melompat sebanyak enam kali ke arah berbeza. masa bagi ujian tersebut akan menentukan tahap kecenderungan seseorang dalam sukan tertentu berdasarkan ketetapan yang diprogramkan pada alat itu.
alat ini telah diuji untuk kesahan kepada atlet-atlet utm dan hasilnya menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi. alat ini akan dikormesialkan dalam sedikit masa lagi dengan harga sekitar rm 400.
apa yang lebih membanggakan, alat ini telah memenangi pingat emas dan anugerah terbaik pada pertandingan ekso teknologi malaysia.
No comments:
Post a Comment