rakan maya

Wednesday, April 28, 2010

latihan litar bagi kekuatan otot

latihan kekuatan otot menggunakan bebanan boleh dirancang dengan pelbagai kaedah. salah satu kaedah yang popular ialah latihan litar. latihan litar cuma merupakan satu kaedah latihan. apa yang penting ialah pengisian aktiviti dalam kaedah tersebut.



rujuk gambar di atas. setiap aktiviti perlu diberi tumpuan kepada jenis otot yang berbeza. jangan libatkan penggunaan kumpulan otot yang sama bagi dua atau tiga aktiviti berturut-turut. penggunaan otot dalam kumpulan otot yang sama semasa melakukan latihan kekuatan boleh memberi impak yang negatif kepada otot.

segala perancangan latihan dipertangungjawabkan kepada guru atau jurulatih. pelajar atau atlet muda pastinya tidak akan menolak perancangan latihan oleh guru dan jurulatih. kesalahan susun atur aktiviti latihan akan memudaratkan anak didik kita.

No comments:

Post a Comment