fasa senaman adalah merupakan beberapa peringkat senaman yang perlu dilalui untuk memperoleh senaman yang berkualiti. kegagalan mematuhinya akan mengundang gejala keletihan dan risiko kecederaan. fasa senaman terdiri daripada peringkat memanaskan badan, latihan sebenar dan menyejukkan badan. Kebanyakan kita sering mengabaikan peringkat memanaskan badan dan menyejukkan badan atas alasan kesuntukan masa, kurang penting dan sebagainya.
fasa memanaskan badan
pada peringkat ini tubuh perlu dirangsang secara perlahan-lahan untuk persiapan memasuki fasa latihan sebenar. aktiviti pada fasa ini adalah menyerupai aktiviti peringkat latihan. memanaskan badan adalah fasa menyediakan badan untuk memasuki fasa latihan.
kebanyakan orang salah faham, memanaskan badan bukan bererti regangan, tetapi regangan hanyalah komponen kecil dalam aktiviti memanaskan badan.
fasa latihan
pada peringkat ini anda perlu mencapai kadar nadi sasaran (TTHR). sekiranya anda tidak mencapai HTTR, ringkasnya latihan anda gagal memberi sebarang faedah.
pada fasa ini, kadar nadi latihan perlu diambil dari masa ke semasa (contohnya selang 5 minit) untuk mengubah intensiti. pada fasa inilah anda perlu berlatih selama antara 20-30 minit.
fasa menyejukkan badan
pada peringkat ini aktiviti diperlahankan secara beransur-ansur. anda disarankan jangan sekali-sekali berhenti secara mendadak. ketika ini, aktiviti regangan perlulah dikhususkan kepada kumpulan otot yang banyak digunakan pada peringkat latihan. sebaiknya, banyakkan aktiviti regangan di lantai.
menyejukkan badan adalah peringkat mengembalikan kadar nadi latihan ke tahap normal (60-80bpm). Kadar nadi latihan bagi mereka yang cergas biasanya cepat turun ke kadar nadi normal.
sumber :
bahagian pembangunan sukan
jabatan belia dan sukan negara
kementerian belia dan sukan
No comments:
Post a Comment