rakan maya

Thursday, April 1, 2010

sengalnya otot aku..

mengapa berlakunya sengal otot?
apabila latihan bebanan dilakukan, kita akan berasa penat dan sengal otot. kesakitan otot ini boleh terus berlaku dalam dua jenis iaitu :
i- serta merta
ii- 24 jam hingga 48 jam setelah latihan selesai.
kesakitan otot serta merta berlaku kerana perjalanan darah ke otot-otot yang aktif semasa melakukan latihan tidak berjalan lancar.
kelewatan kesakitan otot pula berlaku kerana kerosakan pada beberapa tisu penting dalam otot. ia memerlukan sedikit masa untuk dipulihkan.
untuk mengurangkan kesakitan ini, kita harus lakukan latihan bebanan dengan betul. pada hari pertama, lakukan bebanan bahagian atas badan, selepas dua hari disyorkan latihan mempertingkatkan kekuatan di bahagian bawah badan pula. cara ini amat sesuai bagi sesiapa yang baru memulakan latihan bebanan.
sumber maklumat:
ubahsuai dari buku pjk terbitan DBP

No comments:

Post a Comment