rakan maya

Wednesday, May 5, 2010

tekanan darah sistolik dan diastolik

salah satu komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan ialah daya tahan kardiovaskular. daya tahan kardiovaskular sangat berkait rapat dengan jantung, paru-paru dan salur darah. selepas menjalani program latihan kardiovaskular selama 8 hingga 12 minggu secara berterusan, bacaan kadar nadi rehat akan turun. ini berkaitan dengan tekanan darah di jantung.

di sini saya terang secara ringkas dan umum tentang tekanan darah. terdapat dua jenis tekanan darah iaitu tekanan darah sistolik dan tekanan darah diastolik.

tekanan darah sistolik
terhasil apabila berlaku penguncupan ventrikel kiri jantung. semasa rehat, purata tekanan ialah 120/70 mmHg. kedahaan ini menggambarkan keadaan jantung yang berkerja atau tekanan darah pada dinding arteri.

tekanan darah diastolik
merupakan tekanan darah semasa jantung rehat antara dua degupan. purata bacaannya ialah 70/80 mmHg. keadaan ini menggambarkan keefisienan darah mengalir dari arteriol ke kapilari darah.

No comments:

Post a Comment