1murid 1sukan (1M 1S)
sudah hampir setahun dasar 1murid 1sukan (1M1S) telah dilaksanakan. baru hari ini saya berpeluang untuk sertakan buku panduan pelaksanaan dasar 1M 1S untuk pengunjung blog ini. dasar ini mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. dasar ini juga adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari tahap 2 di sekolah rendah hingga tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik.sila klik gambar di atas untuk dapatkan buku panduan pelaksanaan dasar satu murid satu sukan dasar ini menyokong pelaksanaan falsafah pendidikan kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. dalam jangka masa panjang dan berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.kredit to jabatan perpaduan negara. tq.
No comments:
Post a Comment