rakan maya

Friday, May 21, 2010

liabiliti dan keselamatan p&p pjk

sebagai seorang guru pjk, aspek keselamatan perlulah diutamakan. kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. ada kalanya kita bertindak secara melulu sehingga mendatangkan kecederan kepada murid. malah sikap murid sendiri juga menjadi punca utama kemalangan khususnya dalam pjk.

melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan pjk mendedahkan kita kepada pelbagai risiko. risiko-risiko ini boleh mengancam pelajar dan guru. guru yang cuai tentunya akan menerima akibat daripada sesuatu kemalangan.
sebagai contoh,
seorang guru pjk tingkatan satu menulis rph dan mengajar kemahiran bola sepak kepada pelajarnya. walau bagaimanapun, guru tersebut membenarkan beberapa orang pelajarnya yang berbangsa cina bermainan bola keranjang kerana pelajar tersebut tidak berminat dengan bola sepak. jika pelajar cina tersebut tercedera semasa bermain bola keranjang, guru tersebut akan menanggung liabiliti kerana cuai walaupun guru tersebut berada bersama ketika kejadian berlaku.

saya ingin ingatkan kepada semua guru pjk, ajarlah pelajar anda mengikut sukatan pelajaran dan rph yang ditulis. jangan sesekali membenarkan pelajar anda memilih permainan yang mereka suka.

jika kita dipersalahkan akibat kecuaian kita semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan, kesalahan ini akan dicatatkan dalam buku rekod perkhidmatan dan menjejaskan peluang kenaikan pangkat. sama-sama kita menjalankan amanah dengan betul dan mengikut peruntukan pekeliling dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment