rakan maya

Thursday, July 22, 2010

pakaian guru pjk di sekolah

ada yang bertanyakan saya tentang pakaian guru pjk sewaktu amali dan teori di sekolah. sebagai menjawab soalan ini, eloklah kita rujuk kepada pekeliling yang dikeluarkan oleh kementerian pelajaran berkaitan pakaian guru di sekolah.

tiada pekeliling baru berkaitan pakaian guru di sekolah. yang ada cuma penambahan atau perubahan pemakaian baju batik. semua guru di sekolah diminta merujuk kepada pekeliling SPI Bil.3/1979 dan terbaru SPI Bil.6/1985 yang ditandatangani sendiri oleh ketua pengarah pelajaran malaysia, dato' abdul rahman bin hj arsyad.

pekeliling penuh ada dalam buku rekod pengajaran guru sekolah menengah negeri pahang.. bolehlah rujuk di sana bagi cikgu di pahang.


dalam pekeliling SPI Bil.6/1985 dinyatakan dengan jelas:

3.1 sewaktu bertugas di bilik darjah/kuliah

3.1.1 guru-guru/pensyarah lelaki

i- seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher) atau 'bush-jacket' atau 'lounge suit'. jika baju berlengan panjang, tangan baju itu hendaklah jangan dilipat. baju hendaklah dimasukkan ke dalam.

ii- kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.

iii- pakaian baju melayu lengkap dengan samping, atau baju melayu yang mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang.

iv- pakaian baju melayu dengan kain sarong, 'jeans', 'track suit' seluar pendek, kemeja t sukan, jersi, kasut sukan, baju hawaii, baju batik, selipar, kasut getah dan lain-lain jenis pakaian yang menjolok mata tidak boleh dipakai.

3.1.2 guru-guru/pensyarah perempuan

i- pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata.

ii- kasut kulit, selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan.

iii- kasut sukan, 'jeans', 'slacks', 'track suit', kemeja T sukan, jersi, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata, tidak boleh dipakai.

3.2 sewaktu bertugas di luar bilik darjah (ketika menjalankan gerakerja pendidikan jasmani dan sukan) - lelaki dan perempuan

3.2.1 'track suit' seluar panjang yang sesuai, seluar pendek (bagi guru/pensyarah lelaki sahaja), kemeja sukan, jersi, kasut getah, kasut sukan dan lain-lain pakaian yang tidak menghalang kecergasan gerak geri dalam gerakerja tersebut.

3.2.2 kasut tumit tinggi atau kasut kulit yang mengganggu kecergasan gerak geri, sarong ketat atau seluar ketat, cheongsam, kebaya, sari dan lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata, adalah tidak sesuai di pakai.

...saya cuma memetik sebahagian daripada pekeliling ini. dengan jelas dinyatakan tatacara berpakaian untuk guru.

walau bagaimanapun, ada pentadbir sekolah yang membenarkan guru terus memakai baju sukan selepas waktu pjk secara 'pejam mata'. ada pentadbir yang membenarkan guru pjk memakai pakaian sukan sehingga waktu rehat sahaja.

saya faham sangat kesukaran guru pjk untuk menukar pakaian jika pekeliling ini dijadikan rujukan tanpa sedikit tolak ansur. mungkin dengan merujuk pekeliling ini, cikgu-cikgu pjk dapat menyesuaikan diri dengan tatacara berpakaian ini.

tepuk dada, tanya hati..

3 comments:

  1. terima kasih cikgu.. mungkin kita boleh memanipulasi pekeliling ni, jika ada guru yang mengajar pj dengan pakaian di dalam bilik darjah tetapi tidak diambil tindakan, mungkin pengetua atai gb boleh bagi kelonggaran kepada guru pj memakai pakaian sukan ketika di bilik darjah..

    ReplyDelete
  2. bincang dengan ketua panitia untuk dibawa dalam mesyuarat. keputusan mesyuarat penting sebagai rujukan jika berlaku apa-apa perkara lain.

    ReplyDelete
  3. Boleh atau tidak guru perempuan mengajar pjk untuk murid lelaki. Klu boleh ada atau tidak pekeliling mengenainya. Terima kasih.

    ReplyDelete