rakan maya

Monday, May 10, 2010

kadar nadi

kadar nadi bagi setiap orang adalah berbeza-beza. bayi mempunyai kadar nadi yang tinggi manakala seorang atlet yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi mempunyai kadar nadi yang rendah.

secara umumnya, kita boleh mengambil bacaan denyutan nadi di arteri radial iaitu di pergelangan tangan. satu lagi tempat yang paling sesuai untuk diambil bacaan nadi ialah di arteri karotid iaitu di bahagian leher. rasalah nadi anda menggunakan dua jari (jari telunjuk dan jari hantu).
salah satu cara menentukan kadar nadi latihan untuk aktiviti daya tahan kardiovaskular adalah dengan menggunakan formula karvonen.

formula karvonen
KNL = KNR+% intensiti latihan [KNM-KNR]
KNL (kadar nadi latihan)
KNR (kadar nadi rehat)
% intensiti latihan (60% hingga 75%)
KNM (kadar nadi maksimim)
(KNM= 220-umur)

contoh pengiraan
kirakan KNL seorang pelajar berumur 15 tahun dengan KNR 70 denyutan seminit dan intensiti latihan 60%.

=70+60/100 [(220-15)-70]
=70+3/5 [205-70]
=70+3/5 [135]
=70+81
= 151 denyutan seminit untuk intensiti latihan 60%.

jika denyutan nadi kurang semasa latihan, ini bermaksud pelajar tadi tidak mencapai intensiti latihan yang dikehendaki dan begitu jugalah sebaliknya.

8 comments:

  1. kadar nadi yang normal bagi manusia dalam kiraan 1 minit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira nadi dalam tempoh 10 saat, pastu kalikan dengan 6.
      Contoh 11 kali dalam 10 saat, pastu 11 kali dengan 6, jumlahnya 66. Itu kadar nadinya dalam tempoh 1 minit.

      Delete
  2. kadar nadi normal manusia dewasa biasanya antara 70 hingga 80 denyutan seminit. nergantung kepada kecergasan seseorang. tq

    ReplyDelete
  3. kalau lebih 70-80 jadi apa???
    contoh 98

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Sbb mereka amik dri dnyutan nadi bayi .. Bayi yg brumur 0 tahun ad kadar dnyutan nadi yg tinggi

      Delete
  5. Kita boleh mengambil denyutan nadi di bahagian lebar dan tangan sahaja?

    ReplyDelete