rakan maya

Tuesday, March 30, 2010

cabaran guru pjk di sekolah

siapa guru pjk di sekolah? semestinya guru pjk di sekolah akan terlibat secara langsung dengan pelbagai aktiviti sukan sekolah selain daripada tugas hakikinya. bermula dengan jurulatih, pengurus pasukan, penasihat persatuan sukan, pengiring pelajar hinggalah kepada kerja-kerja kerja penyediaan gelanggang dan balapan. itu semua semestinya dipertanggungjawabkan kepada guru pjk. secara peribadi saya merasakan ini juga telah menggugat tugas hakiki guru pjk.

guru pjk banyak keluar sekolah!.. fuhh... satu tamparan hebat buat guru pjk. nak buat macam mana... guru pjk bukan suka-suka nak keluar sekolah. bukan suka-suka nak bawa pelajar menyertai pelbagai kejohanan. semua orang perlu tahu, ini juga adalah tanggungjawab seorang guru kepada sekolah. kadang-kadang ada juga dengar guru lain "bunyi-bunyi' tak puas hati. tak kisah laaa..


kadang-kadang kena kisah juga. guru pjk perlu tahu, ketika mereka tiada di sekolah mereka telah 'mengabaikan' hak pelajar untuk belajar pjk. ini yang perlu diberi perhatian. maksudnya, pjk tidak dilaksanakan dengan kemas di sekolah bukannya kerana perancangan yang tidak bagus tetapi kerana 'ketidakhadiran' guru pjk itu sendiri ke sekolah. ini hakikat. jangan nafikan perkara ini.

ada juga guru pjk menyalahkan guru lain apabila waktu pjk digantikan dengan subjek-subjek peperiksaan khususnya menjelang peperiksaan awam. dan... tak kurang juga mungkin ada guru yang suka "diperlakukan" demikian. (ini cuma andaian saya)

apa yang perlu sekarang, guru pjk perlu fleksibel. apa jua alasan sekali pun, guru pjk perlu pandai bahagikan waktu di antara tugas hakiki dan tugas tambahan. semoga subjek pjk bukan lagi dipandang subjek kelas kedua. bravo cikgu-cikgu pjk!.

2 comments:

  1. cikgu, bolehkah kita guna baju sukan sepanjang waktu persekolahan, tolong respon, email saya di jhyvtec11@gmail.com..

    ReplyDelete
  2. saya telah tulis di posting saya 'pakaian guru pjk di sekolah' dalam blog ini.

    ReplyDelete