rakan maya

Saturday, April 23, 2016

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)

-Sumber KPM- 

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia
(SEGAK) adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur
tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Komponen
kecergasan dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani
sekolah rendah dan sekolah menengah.

Menurut Corbin dan Lindsey (2006), kecergasan adalah keupayaan sistem
badan bekerja dengan efisien bagi membolehkan seseorang itu sihat dan
dapat melaksanakan aktiviti dalam kehidupan seharian. Komponen
Kecergasan berdasarkan kesihatan terdiri daripada daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti, dan komposisi
badan.

Tahap kecergasan berdasarkan kesihatan yang tinggi memberi
faedah kepada seseorang itu memiliki kesihatan yang baik, bertenaga, dan
mempunyai keupayaan untuk melakukan aktiviti harian dengan berkesan.
Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun
1986 hingga kini menunjukkan kadar peningkatan peratus rakyat Malaysia
mengidap penyakit kronik, penyakit tidak berjangkit, dan obesiti adalah amat
membimbangkan. Masyarakat Malaysia perlu mengubah cara hidup
sedentari kepada cara hidup aktif dan sihat dengan memberi fokus kepada
meningkatkan tahap kecergasan fizikal. Kecergasan fizikal yang optimum
boleh membantu seseorang itu melaksanakan aktiviti harian dengan aktif
tanpa berasa letih. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang
terancang di sekolah perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut
prosedur dan norma yang ditetapkan.

Pada tahun 2008 SEGAK mula dilaksanakan kepada murid Tahun 4 hingga
Tingkatan 5 yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun. SEGAK dilaksanakan
secara pentaksiran sekolah dan skor murid direkodkan. Pelaporan SEGAK
memberi maklum balas kepada murid, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa,
dan pihak berkepentingan tentang tahap kecergasan fizikal murid. Melalui
maklum balas tersebut tindakan susulan dapat dirancang dan dilaksanakan

bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid. 

panduan SEGAK- JPN Pahang

http://jpnpahang.moe.gov.my/v2/images/stories/SPA/BahanMuaturun/SEGAK%202016-1.pdf

anda boleh print dan jadikan panduan lengkap untuk melaksanakan SEGAK

sumber:
JPN Pahang

Monday, November 19, 2012

PBS PJK : ada yang bagusnya..

emmmm... terasa nak update blog pula hari ni. kebetulan saya sedang mengikuti kursus penilaian berasaskan sekolah PBS untuk subjek PJK tingkatan dua di SK Bandar Mentakab. terus terang saya katakan, saya minta nama saya dicalonkan untuk menghadiri kursus ini. bukan nak bangga diri tapi ini strategi saya untuk 2013.

tahun depan pasti saya akan mengajar PJK tingkatan dua. sepanjang tahun 2012 ini, saya agak dipinggirkan untuk mengajar subjek PJK walau pun saya opsyen PJK. jadi, ini lah cara untuk dapatkan kembali subjek PJK.

banyak yang saya dapat kongsi dengan rakan-rakan guru di sini. rata-rata guru tidak berpuas hati dengan pelaksanaan PBS. PBS membebankan guru. puas juga jurulatih utama JU menerangkan rasional KPM melaksanakan PBS kepada para peserta. guru-guru yang bengang dengan PBS tetap meluahkan perasaan tidak puas hati masing-masing. ada yang kata server lembap, ada yang minta elaun broadband, ada yang minta kerajaan berikan laptop percuma kepada para guru untuk jalankan tugas online ini. kalau kerajaan boleh berikan laptop percuma kepada para pelajar, kenapa tidak kepada guru yang menjalankan dasar kerajaan? betul tak? heee..

saya memandang pelaksanaan PBS dengan jangkauan yang lebih luas. tidak hanya melihat bebanan PBS. apa yang bagus tentang PBS PJK yang saya nampak ialah selepas ini cikgu-cikgu bukan opsyen PJK akan 'menolak-nolak' supaya subjek ini tidak lagi diberikan kepada mereka. PJK bukan lagi subjek 'suka suki' untuk ditaburkan kepada guru bukan opsyen. dulu, cikgu-cikgu seronok sangat kalau dapat subjek PJK. subjek untuk penuhkan jadual waktu katanya. sekarang, PBS kena jalan, ujian fizikal kena buat, kena ajar ikut buku teks, SEGAK kena buat. so, tak ada bezanya dengan subjek2 lain lagi. PJK bukan lagi subjek kelas kedua!

walau pun banyak kepincangan yang disuarakan para guru (termasuklah saya), kami para guru tetap melaksanakan dasar pendidikan negara. semoga anak didik kita tidak teraniaya dek sikap kebanyakan guru yang 'bengangkan' PBS.

Thursday, June 28, 2012

saya yang menurut perintah

lama saya tak update blog nie. seolah-olah macam merajuk. rajuk yang disimpan dalam hati. SAYA BUKAN LAGI GURU PJK ! walau pun saya memang ada 'kelayakan' sebagai guru PJK. berpegang dengan kenyataan "SAYA YANG MENURUT PERINTAH", saya ikut perintah ketua saya. bermula dengan 20 masa seminggu waktu PJK di sekolah lama, tinggal 10 waktu di sekolah baru kerana khidmat untuk mengajar sejarah diperlukan. makin merosot hujung tahun lepas, tinggal 8 waktu PJK apabila jadual waktu dirombak. awal tahun 2012, tinggal pula 6 waktu PJK dan kini tinggal 4 waktu sahaja. 20 waktu sejarah sedangkan saya 'hampir buta' sejarah. 

*saya perlu selesaikan perkara ini untuk jadual waktu 2013.

Tuesday, March 6, 2012

bawa pelajar : tugas hakiki kami !

penggal pertama persekolahan adalah masa sibuk untuk guru-guru sukan. melatih dan menguruskan pelajar untuk menyertai pelbagai kejohanan sukan. saya sendiri sebagai guru sukan sungguh sibuk 'melayan' kejohanan sukan. kelas? sudah tentu terbiar bersama cikgu relief!. jangan dimarahi guru yang terlibat dengan sukan. (kami akan usaha untuk ganti masa yang kami tinggal). ini juga tugas hakiki kami. ya, menguruskan pelajar dalam kejohanan sukan adalah tugas hakiki kerana kokurikulum adalah sebahagian daripada sistem persekolahan kita. bukan hanya kurikulum yang kita kejar. mungkin ramai yang kurang setuju dengan saya. tak per.. itu pendapat masing-masing. kami juga bukan mencari untung dari wang peruntukan sukan sekolah.. malah kami rugi 'bergantang-gantang" apabila iring pelajar menyertai sesuatu kejohanan. apapun, thanks pentadbir sekolah yang memahami tugas kami guru-guru sukan. majulah sukan untuk negara. :)

Sunday, February 19, 2012

..rugi tenaga saya sebab 'panaskan badan'

semalam, saya ke raub untuk kejohanan merentas desa peringkat negeri pahang. semasa sesi memanaskan badan, seorang peserta L12 pasukan saya datang menghampiri saya. "cikgu, saya tak nak buat lari-lari ni. nanti letih. habis tenaga saya. saya nak terus merentas desa jer.." huhh.. ini petua dari mana pula yang budak ni dapat ?!. ajaran sesat ni..!! pada fikiran saya, masih ada pelajar-pelajar kita yang tidak mengetahui kepentingan memanaskan badan.



temerloh juara keseluruhan. dua pelajar smk mentakab layak mewakili pahang buat kali ke 5 berturut-turut. tahniah.

siapa yang patut disalahkan ? pelajar atau guru pjk di sekolah? tolooooooonglah... tolong terangkan perkara asas pjk dan sukan seperti kepentingan memanaskan badan dan kepentingan menyejukkan badan selepas aktiviti kepada pelajar2 kita apabila guru2 mengajar subjek pjk. malu kalau orang lain dengar. jangan berulang lagi perkara2 macam ni.

Saturday, February 11, 2012

merentas desa: smk mentakab juara keseluruhan

saja jer saya nak kongsi kegembiraan team merentas desa smk mentakab (smkm) di sini. bravo bravo..! smk mentakab juara keseluruhan kejohanan merentas desa mssm daerah temerloh kategori sekolah menengah yang diadakan di smk kerdau pada 9/2/2012 yang lalu. smkm mempunyai aset atlit jarak jauh yang sangat berpotensi untuk diketengahkan.

apa yang lebih membanggakan, smkm berjaya menyaingi sekolah sukan pahang buat kali pertama sejak sekolah itu ditubuhkan. atlit-atlit yang terpilih mewakili daerah temerloh akan menyertai kejohanan merentas desa mssm pahang di raub pada 18/2/2012. semoga mereka terus berjaya di sana. "mereka memang hebat, tetapi kalau kita dapat kalahkan mereka.. kita lagi hebat !" tn. hj suhaimi bin mohd dahan, pengetua smk mentakab merujuk kepada sekolah sukan pahang.

Saturday, January 28, 2012

jadual waktu pelaksanaan PJK 2012

adalah menjadi satu kesalahan besar jika guru-guru hanya melakukan P&P PJ sahaja dalam subjek PJK di sekolah. jangan lupa PK adalah sebahagian daripada subjek ini. bagi memudahkan guru-guru PJK di sekolah melaksanakan PJK di sekolah, kita perlu merujuk kepasa surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998 "pelaksanaan mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan" KB(BS)8591/Jld.XIV bertarikh 18.11.1998 oleh pejabat KPPM. surat ini menetapkan pelaksanaan PJK di sekolah menengah dengan PJ= 60 masa manakala PK= 24 masa. perlu diingatkan PJ juga boleh dilakukan P&P nya di dalam kelas. di sini saya tunjukkan jadual PJK smk mentakab yang disuaikan daripada surat siaran tersebut.

setiap kali PJK = 2 waktu. (tapi tahun 2012, kita cuma ada 41 minggu persekolahan jer). alhamdulillah, kami sudah gunakan jadual seperti ini sejak 2011 lagi. jadual ini akan diedarkan pada minggu pertama persekolahan dan ditampal di papan kenyataan setiap kelas. setiap guru dan pelajar dikehendaki mematuhi jadual tersebut. walau bagaimanapun, guru-guru dibenarkan sesuaikan jadual dengan keadaan. mungkin hari hujan, peperiksaan dan sebagainya. saya memohon maaf kerana saya tak dapat sediakan secara PDF. sesiapa yang berhajat dengan contoh jadual ini, sila emailkan kepada saya di pokcikket@yahoo.com atau tuan2 boleh taip sendiri jer berdasarkan contoh di atas.. hee..

Friday, January 27, 2012

1murid 1sukan (1M 1S)

sudah hampir setahun dasar 1murid 1sukan (1M1S) telah dilaksanakan. baru hari ini saya berpeluang untuk sertakan buku panduan pelaksanaan dasar 1M 1S untuk pengunjung blog ini. dasar ini mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. dasar ini juga adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari tahap 2 di sekolah rendah hingga tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik.


sila klik gambar di atas untuk dapatkan buku panduan pelaksanaan dasar satu murid satu sukan

dasar ini menyokong pelaksanaan falsafah pendidikan kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. dalam jangka masa panjang dan berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

kredit to jabatan perpaduan negara. tq.

Saturday, January 21, 2012

merentas desa

saya telalu sibuk melayan tugas-tugas baru di sekolah baru sepanjang tahun 2011 hinggakan tak dapat melayan blog pjk ni. tah macam mana pula tiba-tiba teringat blog ni yang 9 bulan tak update. dalam masa 9 bulan tu juga lah saya tak pernah tengok pun blog ni. macam rumah juga, agak berhabuk dan perlu dilap sana-sini masa mula log in tadi.

terkejut juga saya bila lihat pengunjung blog ni melebihi 27,000 orang. terima kasih atas kunjungan anda. suatu yang positif dan dapat menyuntik semangat saya untuk terus berbloging. masa saya tinggalkan blog ini bulan mac 2011 dulu cuma sekitar 10,000 pengunjung sahaja. kini awal tahun, saya pasti setiap sekolah sibuk menguruskan sesi persekolah baru. selain tugas hakiki seorang guru, banyak lagi tugas sampingan yang perlu diberi perhatian.
sukan? hahaha... aktiviti sukan yang paling sinonim dengan bulan januari ialah merentas desa. smk mentakab (sekolah saya) pun sama. baru selesai jumaat 20/1/2012 baru-baru ni. hari ni saya nak sembang2 tentang merentas desa.





di sekolah, aktiviti merentas desa adalah aktiviti larian jarak jauh mengikut laluan luar kawasan sekolah yang melibatkan jalan raya dan jalan kampung yang mempunyai pelbagai bentuk muka bumi. aktiviti ini lebih kepada menguji keupayaan daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot. jarak antara 5km hingga 10km. peserta dibahagikan kepada beberapa kategori. smk mentakab juga tidak lupa sediakan kategori pendidikan khas untuk pelajar2 pendidikan khas. tiada beza mereka dan kita.





keselamatan perlu diutamakan. bukan senang mengawal peserta sekitar 1000 orang. macam-macam ragam. mintalah bantuan polis atau pasukan RELA untuk melancarkan aktiviti ini. suatu yang perlu diberi perhatian ialah berkenaan hadiah. sediakanlah hadiah yang banyak. tidak semestinya yang mahal-mahal. satu kategori sekurang-kurangnya 20 hadiah. ini berkaitan dengan psikologi khususnya para pelajar. pelajar telah berlari dengan jarak yang jauh. apa salahnya kita menghargai kudrat mereka walau pun kita tahu hanya 3 atau 4 orang sahaja daripada mereka akan mewakili sekolah.



heee... jangan lupa jemput lori MILO untuk MILO free yang lazat. cikgu suka, pelajar pun suka, aktiviti bertambah ceria ! apa pun, selamat maju jaya. semoga tahun ini lebih bermakna dalam hidup kita.

Friday, March 11, 2011

tips keselamatan lompat jauh

acara lompat jauh menggabungkan dua aspek utama iaitu lari yang pantas dan lompat yang kuat. lompatan yang baik bergantung kepada satu larian pantas, lonjakan yang tepat, sudut lompatan, pusat graviti, ketinggian lompatan dan teknik pendaratan.
walau bagaimanapun, dalam kita mencari kesempurmaan lompatan kadang-kala ia boleh mengundang kecederaan kepada atlet. perkara berikut perlu dititikberatkan untuk mengurangkan kecederaan semasa latihan lompat jauh.

paling utama, sebelum memulakan latihan guru pjk atau jurulatih mesti mengenal pasti tahap kesihatan atlet. keadaan atlet yang kurang sihat boleh mendatangkan kecederaan semasa latihan. lakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan secara umum dan spesifik bagi persediaan otot untuk bekerja bagi julat yang lebih tinggi.

perlu dipastikan juga pakaian atlet. pakai baju dan seluar yang membolehkan atlet melakukan pergerakan yang selesa. pakai kasut dari jenis tapak lembut.

aloooo bang ! mana kasut? papan lonjakan ok ker?

umumnya, landas lompat jauh di sekolah-sekolah dibuat di atas rumput. pastikan juga landas tidak berlubang-lubang dan tidak terdapat objek berbahaya seperti paku dan kaca.

kebanyakkan sekolah menghadapi banyak masalah papan lonjakan. kadang-kala kedudukan papan lonjakan bergerak apabila fasa lonjalan dilakukan. ini boleh berbahayakan kaki atlet. alternatifnya, di sekolah saya kami menggunakan kayu landasan kereta api bagi mengatasi masalah ini.

pastikan pasir sentiasa di gembur dan diratakan bagi mengelakkan kecederaan semasa fasa pendaratan. pada akhir latihan, jangan lupa melakukan aktiviti menyejukkan badan.

walau pun info kali ini nampak ringkas dan mudah. perkara ini sangat penting bagi mengurangkan risiko kecederaan.

Sunday, March 6, 2011

cecah 10,000 pengunjung : terima kasih semua !

terima kasih atas kunjungan anda ke blog ini. alhamdulillah, blog ini mencecah jumlah 10,000 pengunjung. saya memanjatkan kesyukuran kepadaNya kerana blog ini diterima oleh anda semua. angka 10,000 bukanlah asing bagi blog-blog politik kerana kita suka berbicara tentang hal negara. tetapi bagi sebuah blog informasi dan pendidikan seperti ini sudah agak susah untuk menarik perhatian pengunjung.

percayalah, saya tidak mendapat apa-apa habuan daripada penghasilan blog ini. sebetulnya, saya mewujudkan blog ini semata-mata untuk berkongsi informasi, ilmu dan dan pandangan berkaitan mata pelajaran pendidikan jasmani dan informasi berkaitan sukan.

insyaallah, saya akan cuba berikan informasi terbaik dan berguna kepada anda walaupun kadang kala saya terlepas pandang untuk update blog ini.

apa pun, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada anda semua. semoga apa yang saya usahakan ini memberi manfaat kepada kita semua.
terima kasih semua.

Monday, February 21, 2011

mssd temerloh: kome juara !

pada 19 februari lalu, saya berpeluang bersama team merentas desa mssd temerloh ke kejohanan merentas desa MSS pahang di pekan, pahang. ini pertama kali saya bersama team temerloh memandangkan sebelum ini saya mengajar di daerah bentong.

bersama team bentong sebelum ini pun saya telah mengenali sebahagian besar jurulatih daerah temerloh kerana kami selalu bertemu di kejohanan-kejohanan peringkat negeri. jadi, tidaklah kekok sangat saya menyertai team temerloh.
alhamdulillah, team temerloh berjaya kekalkan kejuaraan merentas desa MSS pahang untuk tahun ini miski pun ada sedikit bantahan daripada pasukan lain. lebih manis lagi 2 pelajar sekolah saya berjaya mewakili pahang ke MSSM di sarawak minggu depan.
syabas buat nur zulaika dan kuna atas kejayaan anda. buat team temerloh, tahniah !

Sunday, February 20, 2011

senaman HIRAMEKI

kebetulan saya terbaca satu info senaman HIRAMEKI semasa saya membelek-belek kotak teh uncang di rumah saya dua hari lepas. tertarik dengan senaman mudah HIRAMEKI, saya ingin kongsi bersama pengunjung blog ini.

HIRAMEKI bermaksud 'mendapat inspirasi'. apabila anda berada dalam keadaan buntu, anda perlu minda yang relaks tapi peka untuk mencapai HIRAMEKI. minum teh, dapat HIRAMEKI.
theanine merupakan kandungan semulajadi asli daun teh. theanine dikatakan berkesan untuk menjadikan minda anda relaks tapi peka.

untuk itu saya kongsikan dengan anda cara penyediaan teh cara HIRAMEKI.
1. masukkan satu uncang teh ke dalam gelas. tuangkan air mendidih dan tutup selama 2-3 minit.
2. sementara menunggu, tarik nafas panjang dan angkat tangan untuk membentuk huruf 'L'. sambil mengekalkan bentuk 'L', naikkan lutut kiri ke arah siku kanan, kemudian lutut kanan ke siku kiri. ulang sebanyak 10 kali. senaman ini baik untuk minda anda. (buat dengan relaks).
3. celup uncang teh 5 kali dan kemudian keluarkan. teh anda sudah siap sekarang.
4. semasa menikmatinya, lihatlah dunia dari perspektif berbeza. anda telah mendapat HIRAMEKI !
semoga senaman mudah ini memberi relaks minda kepada kita semua.
sumber: teh lipton

Thursday, January 20, 2011

pendidikan jasmani suaian

pelajar khas mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. aktiviti pendidikan jasmani suaian merupakan suatu aktiviti yang sangat penting kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas.

walaupun terdapat garis panduan yang dinyatakan dalam surat pekeliling pendidikan khas 1979-1991 tetapi sehingga kini belum terdapat satu garis panduan yang jelas mengenai pelaksanaan aktiviti tersebut di sekolah-sekolah khas (unit pendidikan khas, 1992).

aktiviti pendidikan jasmani yang bersesuaian perlu disediakan untuk melatih dan melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah.


aktiviti pendidikan jasmani suaian ini penting kepada mereka kerana ia merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi. aktiviti pendidikan jasmani suaian perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan

emosi kepada golongan istimewa ini.


tanpa aktiviti fizikal yang direka khas dan diubah suai, adalah sukar untuk golongan khas ini berpeluang bermain dengan adil, bermain bersama rakan-rakan yang mempunyai kekurangan yang sama, persekitaran kawasan yang sesuai dan selamat serta peralatan yang khas yang diperlukan untuk tujuan beriadah.


guru yang mengajar pendidikan jasmani juga perlu bersikap penyabar dan positif apabila berdepan dengan kanak-kanak khas ini. mereka perlu peka mengenai perbezaan yang terdapat pada anak didik mereka.


Monday, January 17, 2011

malnutrisi

kali ini saya ingin menyentuh tentang bab kesihatan diri dan keluarga. pelajar tingkatan 1 diperkenalkan dengan tajuk malnutrisi yang berkaitan pemakanan seharian.
malnutrisi adalah keadaan yang berpunca daripada kekurangan zat makanan seperti vitamin, mineral, protien, karbohidrat, lemak dan serat dalam pemakanan seseorang individu.

selain itu, malnutrisi juga terjadi akibat masalah penghadaman dan penyerapan makanan dalam tubuh seseorang. walaupun seseorang mengambil makanan yang seimbang, tubuh badan tidak dapat memproses makanan tadi menjadi zat makanan yang diperlukan.

malnutrisi akan mengakibatkan seseorang tidak bermaya, mudah pitam, sembab dan kelihatan pucat. keadaan ini akan menyebabkan seseorang kelihatan tidak bermaya dan tidak dapat memberi tumpuan terhadap kerja-kerja seharian. lebih teruk lagi, malnutrisi boleh merencatkan proses tumbesaran, mengakibatkan penyakit yang serius dan kadang kala boleh menyebabkan kematian.

secara ringkasnya, punca utama malnutrisi boleh dibahagikan empat iaitu:
1. tahap kesihatan yang rendah (mempunyai masalah penghadaman dan penyerapan makanan)2. kemiskinan (tidak mempunyai wang untuk membeli makanan yang berzat)
3. tahap pendidikan yang rendah (tiada pengetahuan tentang pemakanan)
4. kekurangan sumber makanan (tamanan dan ternakan musnah akibat bencana alam)

penyakit-penyakit akibat malnutrisi:
kwashiorkor, marasmus, beri-beri, anemia, osteomalasia, skurvi dan rabun malam. jenis penyakit adalah bergantung kepada jenis kekurangan zat makanan tertentu.

Sunday, January 16, 2011

smk mentakab

sejak saya bertukar ke smk mentakab, saya perlu menyesuaikan diri dengan rakan baru, persekitaran baru dan sebagainya. saya merasakan seperti guru yang baru posting. setiap langkah dirasakan tak betul jer.. hissshhh...

biarlah bulan januari ni dijadikan bulan orientasi saya. saya perlu membina kasih sayang baru terhadap sekolah baru biar pun kasih sayang saya terhadap smk karak sungguh menebal.


tentang blog ini, insyaallah saya akan berikan info yang terbaik untuk anda. walau bagaimanapun, saya perlu berikan tumpuan yang lebih terhadap sekolah baru saya ini.

bercerita tentang sekolah baru, smk mentakab akan mulakan aktiviti sukan dengan kejohanan merentas desa pada 22 januari nanti. memandangkan saya orang baru, program ini akan saya jadikan batu loncatan untuk beramah mesra dengan rakan guru yang lain.

insyaallah kita jumpa dengan info pjk yang lain sedikit masa nanti. terima kasih kepada semua pengunjuung yang memberi sokongan kepada blog ini.

Thursday, January 6, 2011

sehari di smk seri semantan

seronok dan bersyukur apabila dapat tahu rayuan pertukaran saya ke daerah temerloh diluluskan oleh jabatan pelajaran pahang. mana tidaknya, isteri dan anak-anak telah berpindah lebih awal ke sana. kalau rayuan ini tak diluluskan, saya terpaksa berulang-alik temerloh-karak-temerloh 130km. emmm.. duit habis, badan letih.. mungkin mood mengajar akan menurun.

isnin, hari pertama persekolahan. saya masih di smk karak. pukul 11 pagi barulah dapat surat pertukaran ke smk seri semantan, mentakab. selepas serah tugas, saya bergegas balik ke temerloh. esoknya saya lapor diri di smk seri semantan.

pengetua yang ramah mengalu-alukan kedatangan saya. hari pertama tentulah saya diberi relief kelas memandangkan belum ada jadual waktu. sempatlah saya berkenalan dengan guru-guru... habis hari pertama.

keesokkan harinya, baru nak rapat dengan cikgu din pj, geofri, mie, azman dapat pulak surat tukar lain atas alasan keperluan perkhidmatan. emmm.. sehari saja di smk seri semantan. apapun, pengalaman sehari disana amat bermakna hinggakan mula terbit rasa 'sayang'. selamat tinggal smk seri semantan.

Wednesday, December 22, 2010

tugas guru PJK dan guru sukan

sesi persekolahan akan dibuka semula awal tahun hadapan. bagi guru yang diluluskan pertukaran, mesti seronok kan?. apa pun, walau di mana kita bertugas adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus berkhidmat sebaik mungkin.

kali ini saya ingin menarik perhatian berkaitan tugas seorang guru pendidikan jasmani dan guru sukan. kadang kala guru dan pentadbir sendiri agak keliru berkaitan tugas kedua-dua guru ini. kadang kala juga timbul perasaan tidak puas hati terhadap pengagihan tugas yang diberikan.

perlu ditegaskan, guru pendidikan jasmani samalah juga seperti guru sejarah, sains, bahasa melayu dan sebagainya. mudah cerita, guru PJK adalah guru akademik. jadi, tugasnya juga menjurus kepada akademik, p&p dan amali.
yang menjadi ketidakpuasan hati guru PJK... emmmm.. apa saja yang berkaitan sukan ditujukan kepada mereka. nak latih pasukan sekolah pun guru PJK, nak hantar budak ke MSSD pun guru PJK juga.. pendek kata, semua yang berkaitan sukan... guru PJK yang kena..

uiiitt... ini dah lebihhh... tak kan semua guru PJK. mana guru lain?

haaaaa... itu lah sebab ada guru sukan. kebanyakan sekolah mengagihkan tugas ini dengan baik. bagi saya, guru sukan adalah guru yang dilantik oleh sekolah untuk menguruskan pasukan sekolah. macam ni la bagus, tugas dapat sorang sikit...

cikgu PJK?.. cikgu PJK tentu boleh dirujuk untuk memantapkan pasukan. kalau macam ni, tentu cikgu PJK setuju.. kuranglah sikit beban kan?!

hahaha... selamat kembali ke sekolah...

Saturday, November 20, 2010

interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka

salam semua,

saya memohon maaf kerana agak lama tidak update blog ini. maklumlah... akhir-akhir tahun ni, banyak perkara yang harus dibereskan. kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkaitan interaksi otot dalam badan kita.


saling tindakan otot-otot bermaksud otot-otot dalam tubuh badan saling bertindak atau bekerjasama dalam melakukan suatu pergerakan. otot-otot akan bertindak secara berkumpulan iaitu melibatkan:



i. agonis


otot-otot penggerak utama (prime movers).

otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus.

tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus.

contoh: biseps brakii dan brakialis.


ii. antagonis


menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan otot penggerak utama.

apabila agonis menguncup, antagonis akan mengendur atau relaks.

mengawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan yang dilakukan oleh agonis.

contoh: triseps brakii


iii. sinergis


otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama.

sinergis menambah daya pada pelekatan otot.

sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat.

contoh: otot-otot brakioradialis, biseps brakii dan brakialis

bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku.

Tuesday, October 5, 2010

latihan fartlek

latihan fartlek berasal dari negara sweden. latihan ini adalah satu sistem latihan daya tahan kardiovaskular yang berkonsepkan pelbagai kelajuan seperti berjalan pantas, lari pecut, berjoging dan berlari dalam kelajuan sederhana.

latihan ini juga boleh dilakukan pada pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan raya. ia merupakan satu bentuk aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan, seolah-olah kita bermain dengan kelajuan di sepanjang permukaan tanah yang berbeza.

tujuan latihan fartlek bukan hanya untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, malah untuk mengelakkan kebosanan.

contoh latihan fartlek


cara melaksanakan latihan fartlek

1. pastikan mengikut tatacara sebelum dan selepas melakukan daya tahan kardiovaskular.

2. pilih laluan yang sesuai dan selamat seperti di padang sekolah atau di kawasan yang berdekatan dengan sekolah.

3. mulakan latihan fartlek dengan pelbagai variasi larian seperti berlari perlahan, berjalan, berlari zig zag, lari pecut atau lari undur secara berterusan.

4. lakukan aktiviti sama ada berdasarkan tempoh masa dan jarak.

5. aktiviti ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

pesanan:
mulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan diakhiri dengan aktiviti menyejukkan badan. pakai pakaian yang sesuai untuk mengelak kecederaan. minum banyak air selepas aktiviti untuk mengelak dehidrasi.

sumber : teks kurikulum semakan kbsm dbp

Sunday, October 3, 2010

gimnastik dalam pendidikan jasmani

saya pasti ramai di kalangan guru kita tidak dapat melaksanakan gimnastik dalam p&p pendidikan jasmani. jika di tanya kenapa? inilah empat jawapan yang kerap diberikan.

1. peralatan dan kelengkapan tidak ada / tidak lengkap.
2. tempat yang sesuai (tiada gimnasium/dewan).
3. guru sendiri tidak menguasai gimnastik.
4. risiko kecederaan yang tinggi.
sewaktu saya belajar di universiti dulu, gimnastik adalah antara subjek yang paling saya minati selain renang dan pendidikan luar. alhamdulillah, saya mendapat keputusan yang cemerlang untuk subjek-sujek ini.
tetapi apabila tiba di sekolah, saya juga menghadapi dilema yang sama seperti guru-guru pjk yang lain. saya juga tidak dapat melaksanakan semua aktiviti gimnastik seperti apa yang terdapat dalam buku teks. walau apa pun jawapannya, guru-guru pjk tidak dapat lari daripada melaksanakan p&p ini.

kenangan belajar gimnastik bersama rakan-rakan dahulu.. tq hj lah.

sebagai alternatif, setelah berbincang dengan rakan-rakan dalam unit pjk sekolah suatu kata putus telah diambil.

1. lakukan teori dalam kelas bagi semua jenis gimnastik. (gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan dan pergerakan kreatif).

ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan kognitif dan persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan bertulis.

2. lakukan amali untuk gimnastik pendidikan dan pergerakan kreatif.
ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada kemahiran psikomotor dan kognitif.

keputusan ini terpaksa diambil memandangkan kami juga menghadapi masalah-masalah di atas. hal ini perlu dimasukkan dalam rancangan pelajaran tahunan (RPT) sekolah. RPT setiap sekolah adalah tidak sama dan bergantung kepada 'kekuatan' yang ada pada sesebuah sekolah.


apa yang penting, p&p perlu diteruskan...

Tuesday, September 28, 2010

peruntukan waktu pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan di sekolah

surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25) yang dikeluarkan pada 18 november 1998 oleh pejabat KPPM adalah panduan untuk pentadbir sekolah dan panitia pjk merancang RPT masing-masing.

walau bagaimanapun, masih terdapat kekeliruan peruntukan waktu pj dan pk oleh panitia pjk di sekolah-sekolah.
peruntukan masa bagi pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan adalah seperti berikut:
sekolah rendah tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3)
pj : 84 waktu setahun x 30 minit
pk : 42 waktu setahun x 30 minit
sekolah rendah tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6)
pj : 60 waktu setahun x 30 minit
pk : 24 waktu setahun x 30 minit
sekolah menengah (tingkatan 1, 2, 3, 4, dan 5)
pj : 60 waktu setahun x 40 minit
pk : 24 waktu setahun x 40 minit

di sini saya linkkan surat pekeliling itu bagi memudahkan kita semua.

http://apps.emoe.gov.my/bs/spi/1998/25-1998.pdf

Sunday, September 26, 2010

susun atur alatan sukan

setor sukan memerlukan susunan alatan sukan yang sistematik. ini adalah sub tajuk yang terdapat dalam pengurusan sukan tingkatan 1. p&p ini menyarankan beberapa langkah untuk kita menyusun alatan dalam setor sukan.

alatan sukan terdiri dari pada pelbagai bentuk, saiz dan berat. alatan-alatan ini perlu disusun supaya sentiasa kemas dan mudah untuk dikendalikan.

cara susunan yang disyorkan.

1. susun atur mengikut saiz
- alatan yang besar, misalnya bola sepak, bola jaring dan bola keranjang diletakkan di sebelah bawah pada rak simpanan manakala alatan yang kecil seperti bola tenis diletakkan di sebelah atas rak.

2. susun atur mengikut bentuk
- alatan yang panjang seperti kayu hoki dan kayu pemukul sofbal disimpan secara menegak supaya mudah diambil dan boleh jimatkan ruang.
-alatan yang tajam seperti lembing disimpan secara menegak di bahagian sudut setor dengan matanya menghala ke bawah.

3. susun atur mengikut berat atau ringan
- alatan yang berat seperti peluru, cakera dan bola segar diletakkan di sebelah bawah pada rak simpanan dan tempat yang khusus untuk mengelakkan terjatuh dan mudah bergolek.
- alatan yang ringan pula diletakkan di bahagian atas rak simpanan.

pada umumnya, susunan tersebut memberi beberapa kebaikan:
-memudahkan pengambilan dan penyimpanan alatan
-memudahkan pengiraan alatan
-menjimatkan ruang
-menjamin keselamatan pengguna

walau bagaimanapun, tidak dinafikan sesetengah sekolah agak kurang mengambil berat tentang hal ini. seeloknya juga, setiap rak dilabelkan bagi menampakkan kebih kekemasan.




susun atur alatan sukan yang kemas di smk tanjung gemuk, rompin.
kebetulan saya pernah melawat ke sebuah sekolah di rompin. saya agak kagum dengan susun atur barangan dalam setor sukannya. memang kemas. syabas!
di sekolah saya, buat masa ini pihak pengurusan sekolah dan panitia pjk sekolah sedang berusaha untuk mengubah suai setor sukan supaya lebih selesa dan ceria. syabas juga diucapkan.

Tuesday, September 21, 2010

kebenaran khas - pakaian PJK untuk guru dan murid (terbaru)

lega bila mendapat berita terbaru ini. saya pasti semua guru PJK dan murid-murid juga turut gembira.

satu surat kebenaran khas telah dikeluarkan oleh pejabat ketua pengarah pelajaran malaysia pada 26 julai 2010 yang dikuatkuasa serta merta.

sumber : http://www.moe.gov.my

KP/KPPM/5 (49)

KEBENARAN KHAS KEPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID YANG MELAKSANAKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK) MEMAKAI PAKAIAN RASMI SUKAN SEPANJANG HARI BERKENAAN.

Adalah dimaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 mac 2010 telah memutuskan bahawa Surat Siaran tentang pakaian sukan sekolah perlu dikeluarkan dalam usaha memperkasakan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah.

2. Sehubungan itu, semua guru dan murid di sekolah rendah dan sekolah menengah yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dikehendaki memakai pakaian yang sesuai seperti berikut

2.1 Guru - Memakai T-Shirt berkolar, Seluar Sukan (Track-Bottom) serta memakai kasut sukan dan berstokin putih.

2.2 Murid - Memakai T-Shirt berkolar atau tidak berkolar, Seluar Sukan (Track-Bottom) serta memakai kasut sukan dan berstokin putih.

3. Lanjutan daripada perkara di atas, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah bersetuju memberi kelonggaran kepada guru-guru termasuk juga murid0murid yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) untuk memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaan.

4. Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

t.t
TAN SRI DATO' HJ. ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

shakirabid : perlu diingatkan, hanya pakaian sukan rasmi sekolah sahaja dibenarkan.

Sunday, September 19, 2010

sistem integumentari

kalau dilihat pada perkataannya, ramai yang tertanya-tanya apa itu integumentari. tapi kalau bahasa mudahnya, integumentari hanyalah sistem kulit kita yang merangkumi kuku, liang-liang roma, bulu, rambut dan kulit itu sendiri.

terima kasih ziea kerana mengunjugi blog ini dan bertanyakan tentang integumentari. secara jujur saya katakan, saya terpaksa menyemak kembali nota-nota saya berkaitan sistem ini. almaklumlah.. sukatan pelajaran PJK di sekolah tidaklah terlalu khusus membincangkan sistem ini.
walaupun nampak mudah dan ringkas, sistem integumentari amat penting kepada tubuh badan seseorang dalam apa jua aktiviti dan keadaan. dalam ruang yang terhad ini saya terangkan secara ringkas sahaja.
kulit merupakan organ homeostasis yang penting. ia merupakan organ manusia paling besar dengan beratnya sekitar enam paun. bertindak sebagai pelindung otot dan organ-organ yang lain.


homeostasis merujuk kepada pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar. ini adalah salah satu konsep yang paling penting dalam biologi.

kulit mempunyai beberpa lapisan dan antara fungsi-fungsinya ialah:
*sebagai perlindungan
*pencegah dehidrasi
*rangsangan luar
*setor menyimpan lemak
*sistesis vitamin D
*menghasilkan bau dan penyamaran
*mengawal atur suhu badan
semasa kita melakukan aktiviti pasif atau berat seperti bersukan dan bekerja, sistem integumentari juga akan turut memainkan peranannya. antaranya:
*lapisan epidermis akan melindungi badan daripada kemasukan bakteria. lapisan ini akan sentiasa tertanggal dan gugur dari badan, menyebabkan bakteria sukar membiak.
*lapisan tadi juga bertindak mencegah kehilangan air (dehidrasi) dari badan ke persekitaran.
*lapisan dermis yang mempunyai banyak reseptor membolehkan ia mengesan pelbagai rangsangan seperti tekanan, suhu, sentuhan dan sebagainya.
*lapisan paling bawah kulit merupakan lapisan lemak subkulitan. ini adalah lapisan yang kaya dengan lemak dan bertindak sebagai penebat.
*apabila lapisan kulit terdedah kepada sinaran ultraungu, sinaran ultraungu ini akan diserap oleh kulit dan bertindak ke atas prekursor dan seterusnya akan menukarnya kepada vitamin D.
*di kulit juga terdapat kilang peluh yang mengeluarkan peluh pada waktu-waktu tertentu seperti ketika bersukan. ini akan mengimbangi suhu badan.

secara umumnya, kulit merupakan organ yang sangat penting untuk faedah yang saya sebutkan tadi. satu lagi, jangan kita lupa bahawa kulit juga merupakan pembentuk identiti fizikal kita. tanpa kulit bagaimana kita boleh mengenali wajah seseorang. cantikkah seseorang tanpa kulit?
dalam kesempatan ini juga saya mengingatkan diri saya dan anda semua. bersyukurlah kepada allah atas kurniaanNya yang hebat ini.. syukur alhamdulillah.

harap ziea berpuas hati dengan penerangan yang ringkas ini. :)

Wednesday, September 8, 2010

syawal tiba..

ramadhan akan meninggalkan kita. syawal pula menjelma. kemeriahan syawal disambut dimana-mana.

raya sangat sinonim dengan pelbagai juadah kuih-muih, ketupat, lemang dan pelbagai aneka rendang. hari raya bukanlah untuk kita "membalas dendam" setelah sebulan kita berpuasa dengan memakan apa sahaja yang dihidangkan. adalah diingatkan, janganlah makan berlebihan kerana sistem pencernaan kita akan 'tersentak'!. bayangkan.. perut terpaksa bekerja keras untuk mencerna makanan yang kita makan. kurangkan juga pengambilan makanan yang manis. semoga ingatan ringkas ini berguna untuk anda dan saya.
dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengunjung blog ini. terima kasih atas perhatian anda.

Tuesday, August 17, 2010

faktor kadar pemakanan

bulan puasa tiba lagi. pemakanan kita juga turut berubah dengan hadirnya ramadhan. tanpa kita sedari, perbelanjaan isi rumah juga turut meningkat. sebelum ini, sudah setahun kita tidak pernah menjamah murtabak, tapi bila tiba bulan ramadhan murtabak dijadikan pilihan. sebelum ini kita hanya makan ala kadar, tapi bulan ini kita akan makan ‘berkandar-kandar’.

kali ini saya mahu coretkan info kesihatan berkaitan pemakanan. tabiat pemakanan kita di bulan puasa berubah secara mendadak. perut dan sistem badan terpaksa beradaptasi dengan pantas kerana ‘tuan punya badan’ telah mengubah tabiat pemakanannya.

perlu diketahui bahawa diet pemakanan yang lengkap mengandungi pelbagai nutrien dalam kuantiti yang berbeza. saranan pengambilan makanan atau recommended dietary allowances (rda) mencadangkan tahap pengambilan nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan.

set nilai rda bertujuan membantu kita memenuhi keperluan pemakanan dari sumber makanan dan bukannya dari tokokan vitamin.

makanlah berdasarkan keperluan. makanan yang diambil akan dicerna dan berubah kepada bentuk tenaga untuk proses pembaharuan sel dan pertumbuhan. setiap orang memerlukan kadar pemakanan yang berbeza bergantung kepada umur, aktiviti, jantina dan fisiologi seseorang.

umur

umur akan mempengaruhi perubahan hormone dalam badan. secara saintifiknya, remaja memerlukan makanan yang lebih berbanding seorang dewasa. ketika remaja,mereka melalui pertumbuhan badan yang ‘pesat’.

jantina

umumnya lelaki memerlukan lebih banya tenaga berbanding perempuan. secara ringkasnya pula remaja lelaki memerlukan lebih zat mineral zink manakala remaja perempuan memerlukan lebih zat besi.

aktiviti

bagi mereka yang melakukan aktiviti berat dan aktif, mereka memerlukan banyak tenaga daripada pemakanan. maksudnya, mereka perlu banyak makan berbanding mereka yang pasif atau mereka yang hanya melakukan kerja-kerja pengkeranian.

fisiologi

seorang ibu yang mengandung atau menyusukan anak memerlukan tambahan nutrien. adaptasi tubuh sudah berubah berbanding keadaan asal.

kita adalah apa yang kita makan. lebihan makanan akan disimpan sebagai lemak di bawah lapisan kulit dan ianya susah untuk ‘ditanggalkan’. janganlah berlebih-lebihan ketika berbuka puasa kerana kasihanilah ‘perut anda’ yang perlu sekali lagi beradaptasi dengan kehendak ‘tekak’ tuannya. fakir-fikirkanlah.

selamat berpuasa.

Thursday, August 12, 2010

ramadhan dan pjk..

terlebih dahulu saya ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua pengunjung islam di blog saya. semoga kita mendapat rahmat daripadaNya.

setiap kali tiba bulan puasa, pelajar saya selalu bertanyakan saya tentang aktiviti pj. bimbang sangat kalau saya batalkan pj. saya tanyakan pendapat mereka semula. hohoho... semuanya minta saya teruskan pj seperti biasa.

biasalah... pelajar kita memang minat pj. kalaulah mereka minat math, sains, bi dan sejarah seperti mereka minat pj.. alangkah bahagianya cikgu-cikgu di sekolah.

ramadhan atau bukan bulan ramadhan pj tetap 'jalan' seperti biasa. awas cikgu.. adalah menjadi satu kesalahan jika kita batalkan pjk semata-mata beralasankan puasa. jangan salahkan puasa, jangan salahkan ramadhan yang indah ini jika kita batalkan p&p pj.

dalam perkhidmatan kita, tiada pekeliling yang menyatakan tentang pj dan puasa. bermaksud, p&p pjk hendaklan diteruskan seperti biasa pada bulan puasa ini.

alternatifnya.. sebagai guru kita perlu merancang aktiviti yang bersesuaian dengan pelajar, mungkin kurangkan pergerakan yang meletihkan.

apa pun, semuanya terletak pada guru. salam ramadhan.

Thursday, July 29, 2010

sistem tenaga oksigen (O2)

sistem oksigen atau sistem aerobik ini wujud apabila berlaku pemecahan lengkap makanan serta karbon dioksida (CO2) dan air terbentuk.

sistem ini berfungsi apabila sesuatu aktiviti berlanjutan sehingga 5 minit atau lebih. sistem ini kebiasaannya wujud di dalam acara-acara lari jarak jauh serta permainan-permainan yang memerlukan daya tahan lama.

sistem ini dinamakan sistem oksigen kerana:
1. ia memerlukan oksigen.
2. boleh menggunakan ketiga-tiga bahan makanan iaitu karbohidrat, lemak, protein dalam mewujudkan tenaga.
3. menghasilkan banyak molekul-molekul iaitu satu molekul glikogen menghasuilkan 38 molekul ATP.

Wednesday, July 28, 2010

sistem tenaga asid laktik (LA)

ATP terbentuk dari pemecahan makanan yang tidak lengkap kepada asid laktik. ini adalah sistem anaerobik kerana ia:

-tidak memerlukan oksigen, oleh itu pembakaran tidak lengkap.
-menggunakan karbohidrat sebagai bahan pembakat.
-menghasilkan sangat sedikit molekul-molekul ATP (satu molekul glikogen menghasilkan dua molekul ATP)

oleh itu, tahap maksimum sistem ini memberikan sumber tenaga hanya antara 2 hingga 3 minit (selepas sistem ATP-PC)

contoh aktiviti yang sering menggunakan LA ialah lari jarak sederhana, badminton dan permainan-permainan lain yang memerlukan larian.

info diubahsuai daripada pendekatan pendidikan jasmani (latihan fizikal) terbitan seri maju.

Tuesday, July 27, 2010

sistem tenaga ATP-PC

sistem ini adalah sistem anaerobik. penghasilan ATP dari sistem ini tidak memerlukan oksigen. phosfokeratin (PC) adalah sebatian yang disintisiskan kembali ADP kepada ATP menyebabkan sumber ATP terhasil untuk membekalkan tenaga dalam jangka sama yang singkat.

bagi aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam jangka masa 4 atau 5 saat, hanya ATP yang sedia ada di sel-sel otot sahaja berfungsi tetapi jangkaan sepenuh masa sistem ini ialah 7 saat.

ini bermakna, sistem ini adalah yang paling cepat menghasilkan tenaga jika dibandingkan dua sistem yang berikutnya. (sistem yang berikutnya saya akan terangkan secara ringkas pada posting yang akan datang).

dengan itu dapatlah dikatakan bahawa aktiviti seperti lari pecut 50 meter, melontar peluru, merejam lembing dan melempar cakera hanya menggunakan tenaga dalam jangka masa yang singkat. tenaga itu adalah melalui sistem tenaga ATP-PC.

Monday, July 26, 2010

sistem tenaga

pembentukan tenaga adalah hasil daripada proses metabolisma makanan. tenaga yang terhasil tidak terus digunakan tetapi terpaksa melalui beberapa proses kimia untuk melakukan pergerakan.

tenaga ini digunakan untuk menghasilkan satu sebatian kimia yang dipanggil 'adenosine triphosphate' atau ringkasnya ATP.

ATP disimpan di semua sel otot. hanya dengan penghuraiannya, tenaga dapat dibebaskan bagi membolehkan otot menguncup untuk melakukan pergerakan.

sumber ATP/tenaga
ATP dibekalkan ke setiap sel-sel otot melalui tiga cara:
1. melalui sistem ATP-PC (anaerobik)
2. melalui sistem asid laktik LA (anaerobik)
3. melalui sistem oksigen (aerobik)

ketiga-tiga sistem ini akan saya terangkan satu persatu secara ringkas dalam 'posting' akan datang.

untuk download sistem tenaga sila klik sini. terima kasih en bitt atas perkongsian scribd.

Thursday, July 22, 2010

pakaian guru pjk di sekolah

ada yang bertanyakan saya tentang pakaian guru pjk sewaktu amali dan teori di sekolah. sebagai menjawab soalan ini, eloklah kita rujuk kepada pekeliling yang dikeluarkan oleh kementerian pelajaran berkaitan pakaian guru di sekolah.

tiada pekeliling baru berkaitan pakaian guru di sekolah. yang ada cuma penambahan atau perubahan pemakaian baju batik. semua guru di sekolah diminta merujuk kepada pekeliling SPI Bil.3/1979 dan terbaru SPI Bil.6/1985 yang ditandatangani sendiri oleh ketua pengarah pelajaran malaysia, dato' abdul rahman bin hj arsyad.

pekeliling penuh ada dalam buku rekod pengajaran guru sekolah menengah negeri pahang.. bolehlah rujuk di sana bagi cikgu di pahang.


dalam pekeliling SPI Bil.6/1985 dinyatakan dengan jelas:

3.1 sewaktu bertugas di bilik darjah/kuliah

3.1.1 guru-guru/pensyarah lelaki

i- seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher) atau 'bush-jacket' atau 'lounge suit'. jika baju berlengan panjang, tangan baju itu hendaklah jangan dilipat. baju hendaklah dimasukkan ke dalam.

ii- kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.

iii- pakaian baju melayu lengkap dengan samping, atau baju melayu yang mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang.

iv- pakaian baju melayu dengan kain sarong, 'jeans', 'track suit' seluar pendek, kemeja t sukan, jersi, kasut sukan, baju hawaii, baju batik, selipar, kasut getah dan lain-lain jenis pakaian yang menjolok mata tidak boleh dipakai.

3.1.2 guru-guru/pensyarah perempuan

i- pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata.

ii- kasut kulit, selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan.

iii- kasut sukan, 'jeans', 'slacks', 'track suit', kemeja T sukan, jersi, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata, tidak boleh dipakai.

3.2 sewaktu bertugas di luar bilik darjah (ketika menjalankan gerakerja pendidikan jasmani dan sukan) - lelaki dan perempuan

3.2.1 'track suit' seluar panjang yang sesuai, seluar pendek (bagi guru/pensyarah lelaki sahaja), kemeja sukan, jersi, kasut getah, kasut sukan dan lain-lain pakaian yang tidak menghalang kecergasan gerak geri dalam gerakerja tersebut.

3.2.2 kasut tumit tinggi atau kasut kulit yang mengganggu kecergasan gerak geri, sarong ketat atau seluar ketat, cheongsam, kebaya, sari dan lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata, adalah tidak sesuai di pakai.

...saya cuma memetik sebahagian daripada pekeliling ini. dengan jelas dinyatakan tatacara berpakaian untuk guru.

walau bagaimanapun, ada pentadbir sekolah yang membenarkan guru terus memakai baju sukan selepas waktu pjk secara 'pejam mata'. ada pentadbir yang membenarkan guru pjk memakai pakaian sukan sehingga waktu rehat sahaja.

saya faham sangat kesukaran guru pjk untuk menukar pakaian jika pekeliling ini dijadikan rujukan tanpa sedikit tolak ansur. mungkin dengan merujuk pekeliling ini, cikgu-cikgu pjk dapat menyesuaikan diri dengan tatacara berpakaian ini.

tepuk dada, tanya hati..

Monday, July 19, 2010

pendidikan seks di sekolah

heboh diperkatakan tentang pendidikan seks di sekolah. tak payahlah heboh-heboh.. tak payahlah kusut-kusut memikirkan kaedah untuk menerangkan keburukan seks luar nikah kepada pelajar..

sejak wujudnya kbsr dan kbsm lagi kurikulum 'pendidikan seks' ini telah digubal. cuma namanya saja bukannya 'pendidikan seks' seperti yang dimahukan. isi kandungan sudah pun menjurus kepada itu. hanya tidak diberi penekanan dan perhatian khusus.

saya membincangkan 'pendidikan seks' seperti apa yang tertulis dalam buku teks pjk dan sukatan pelajaran pjk. kita semak satu persatu.

sejak bangku sekolah rendah, tahun satu. hsp menetapkan, guru-guru perlu mengajar berkaitan kekeluargaan dalam sukatan pelajaran pjk. guru perlu menerangkan tentang perkahwinan dan bagaimana ibu bapa mendapat anak. lakaran dalam buku teks pjk jelas menunjukkan janin dalam perut ibu. banyak yang boleh dibincangkan bersama murid.

anak-anak perlu dibentuk sahsiahnya sejak kecil (sekadar gambar hiasan)

bukan setakat tahun satu. pada tahun-tahun yang seterusnya, bab ini terus berkembang dan kebijaksanaan guru pjk ditagih untuk terus mengolah 'pendidikan seks' dalam pjk ini.

meniti di sekolah menengah. tingkatan satu, bab 4 berkaitan kekeluargaan membincangkan berkaitan institusi kekeluargaan yang jelas dan nyata dengan sub tajuk perkahwinan. adakah satu masa tidak cukup untuk membincangkan dan mendidik pelajar tentang kebaikan berkahwin?

tingkatan dua menitik berat tentang peranan ahli keluarga terhadap pembentukan keluarga bahagia. jika diperhalusi dan dibincangkan secara terperinci, banyak nasihat boleh diberikan kepada pelajar kita. begitulah seterusnya di tingkatan tiga, empat dan lima.

di tingkatan lima, isu kekeluargaan dibincangkan dengan lebih khusus iaitu berkaitan perkahwinan, poligami, penceraian, keibubapaan, pengabaian tanggungjawab, sumbang mahram dan sebagainya.

satu yang menarik perhatian ialah sub tajuk 'akibat seks abnormal' dan seksualiti. jelas, nyata dan tidak perlu dinafikan lagi. sebenarnya ada 'pendidikan seks' untuk kebaikan manusia direntaskan dalam kurikulum pendidikan jasmani dan kesihatan. mungkin kita kurang cakna.

bagi saya, tak perlu lagi diwujudkan 'pendidikan seks' untuk mengajar pelajar kita mengamalkan seks selamat. mantapkan kurikulum pjk sudah memadai bagi semua ini. jangan benankan guru dan pelajar dengan tambahan subjek baru. persoalannya sekarang, adakah guru-guru mengajar sub tajuk ini di sekolah? apakah selama ini guru pjk sendiri 'skip' tajuk ini dan memilih tajuk 'kesukaan' guru semata-mata? atau pun mungkinkah guru pjk hanya mengajar pj semata-mata?. tanya-tanyalah diri sendiri...

Tuesday, July 6, 2010

aspek keselamatan dalam pjk

terdapat tujuh perkara yang perlu diberi perhatian untuk keselamatan sebelum menjalani aktiviti rekreasi dan latihan sukan.

1. melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan otot dan kelonggaran sendi sebelum melakukan aktiviti yang lebih berat dan lakukan aktiviti menyejukkan badan selepas latihan.

2. latihan bersistematik. latihan perlu dirancang dan ditentukan terlebuh dahulu sebelum melaksanakannya. jangan sesekali melakukan aktiviti yang tidak diketahui faedah dan akibatnya.

3. kenal pasti kecergasan diri. setiap individu mempunyai tahap kecergasan yang berbeza. tetapkan objektif latihan mengikut kecergasan diri masing-masing.

sekadar gambar hiasan

4. kenal pasti kemampuan diri. lakukan aktiviti mengikut tahan kemampuan masing-masing. jangan memaksa diri melakukan aktiviti melebihi had keupayaan masing-masing.

5. persekitaran dan tempat aktiviti yang sesuai. pastikan persekitaran tempat yang selamat. salamat untuk diri sendiri dan orang lain.

6. kemudahan peralatan. pastikan anda mempunyai peralatan yang sesuai untuk melakukan aktiviti. alatan termasuklah juga pakaian yang sesuai untuk aktiviti.

7. perlakuan yang betul. jangan melakukan aktiviti dengan cara yang salah. ini akan membahayakan diri anda.

Tuesday, June 22, 2010

jenis latihan membina kekuatan otot

kekuatan otot dapat ditingkatkan dengan menambah beban melalui latihan kekuatan otot. terdapat beberapa latihan yang digunakan dalam menghasilkan kekuatan otot.

1. latihan isometrik
latihan ini tidak melibatkan pergerakan sendi. saiz otot tidak berubah dan tidak melibatkan pemanjangan otot.
contoh aktiviti : menolak dinding, menarik dua genggaman tangan.
daya maksimum dihasilkan oleh otot bisep, trisep dan deltoid.
baik untuk pemulihan otot.

2. latihan isotonik
latihan ini melibatkan pergerakan sendi. turut melibatkan pemanjangan dan penguncupan otot.
contoh aktiviti : mendagu
daya maksimum dihasilkan oleh otot bisep, trisep, deltoid, trapezius dan paktoralis major. cepat pulih daripada lesu. baik untuk melatih imbangan.

3. latihan isokinetik
melibatkan pergerakan sendi secara terkawal. turut melibatkan pemanjangan dan penguncupan otot yang sekata.
contoh aktiviti : bicep curl (dengan panduan kiraan)
daya maksimum dihasilkan oleh otot bisep dan trisep.
baik untuk pemulihan kecederaan otot dan sebagai latihan kekuatan.

Thursday, May 27, 2010

latihan jeda untuk lompat jauh

latihan jeda merupakan satu sistem latihan yang diperkenalkan oleh astrand dan diamalkan oleh paavo nurmi pada tahun 1920. latihan ini berbeza dari latihan-latihan fizikal yang lain kerana terdapatnya masa rehat antara jeda kerja. sedangkan, kaedah latihan lain dilakukan secara berterusan tanpa rehat di antara ulangan kerja.

secara umumnya, jeda adalah satu kaedah latihan fizikal yang melibatkan tekanan kerja yang berulang-ulang dan diselangi dengan masa rehat yang mencukupi. latihan jeda dapat meningkatkan keupayaan anaerobik, meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan otot serta meningkatkan ketangkasan, kelajuan, kelembutan dan koordinasi.

menjawab soalan hanan dalam ruangan sembang gebang
saya hanya dapat terangkan secara ringkas dalam ruangan yang terhad ini. latihan jeda sangat sesuai dilakukan kepada atlet lompat jauh. tumpuan utama adalah untuk meningkatkan kuasa di bahagian kaki.

prinsip latihan
bagi merancang latihan jeda, perlulah berbalik kepada soal prinsip latihan. kaedah latihan jeda ini berdasarkan prinsip-prinsip di antara masa dan masa rehat. penggunaan lebihan beban digunakan dalam menentukan intensiti kerja yang diberi berdasarkan kepada pembolehubah tertentu.

prinsip latihan hendaklah diberi penekanan terhadap perkara-perkara berikut:
1. kadar jarak dan jangkamasa kerja (ini ditentukan berdasarkan kadar nadi latihan dan jarak set)
2. masa rehat atau pemulihan
3. jenis aktiviti masa rehat
4. bilagan ulangan dan set setiap sesi latihan
5. kekerapan latihan
6. tempoh latihan dijalankan

aktiviti yang sesuai.

1. berlari naik bukit yang berlereng curam.

2. lari secara melompat (bounding)- langkah besar.

3. berdiri di atas bata/kayu dengan hujung kaki - naik - turunkan tumit secara selang seli.


4. melonjal naik ke atas peti lombol dengan satu kaki, kemudian melonjak turun dengan kedua-dua kaki bersama.

5. melonjak melepasi pagar berturut-turut - melonjak dan mendarat dengan kedua-dua kaki serentak - pagar-pagar disusun rapat.

di sini saya cuma menerangkan jeda secara umum sahaja. kita perlu menentukan sendiri jeda masa sesuai antara aktiviti dan set berdasarkan intensiti latihan yang dikehendaki.

Monday, May 24, 2010

latihan berkonsepkan parcourse

latihan berkonsepkan parcourse telah diperkenalkan pada tahun 1973 di amerika syarikat oleh peter stocker. parcourse merupakan gabungan beberapa aktiviti kecergasan di sepanjang laluan larian berstesen.

latihan ini bertujuan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan kekuatan otot jantung. disamping itu, latihan ini juga dapat meningkatkan daya tahan otot dan menjadikan badan bertambah sihat.


contoh konsep parcourse


parcourse meliputi beberapa jenis aktiviti di sepanjang laluan larian. biasanya laluan larian adalah sepanjang 400m hingga 1600 m. kita boleh berjalan perlahan, berjalan pantas, berjoging atau lari pecut di antara satu stesen dengan satu stesen yang lain. setiap stesen mempunyai aktiviti yang berlainan untuk kumpulan otot yang berlainan. tiada aktiviti khusus untuk menentukan urutan aktiviti. kata boleh pelbagaikan aktiviti untuk tumpuan otot-otot tertentu.

pembinaan taman rekreasi moden oleh kerajaan tempatan telah menitikberatkan konsep latihan ini. trek jogging tidak hanya semata-mata trek joging sahaja. konsep parcourse telah mewujudkan lanskap yang menarik untuk aktiviti latihan di taman rekreasi awam.

perlu diingatkan bahawa kita perlu melakukan tatacara yang betul sebelum, semasa dan selepas latihan. jangan lupa ambil kadar nadi, aktiviti memanaskan badan dan aktiviti menyejukkan badan. ini semua akan membantu kita mendapatkan hasil latihan yang optimum.